Husnuzzan. Berbaik Sangka.

Dalam hidup ni ada ramai jenis manusia yang aku jumpa, yang aku kenal.
Tapi tak pernah aku jumpa manusia yang macam kamu. 

Jenis yang hanya menerima kata-kata pujian, melenting kepada setiap teguran. Yang tahu cuma mereka sahaja yang benar, mereka sahaja yang hebat, mereka sahaja yang kaya, mereka sahaja yang daulat.

Ego yang tinggi, tiada perasaan merendah diri.

Kalau nak dikira, sepatutnya aku lah yang lebih bongkak, sombong, ego, kepala batu kerana pangkat yang aku ada. Tapi, siapa aku di sisi Tuhan ku? 

Sungguh kerdil diri ini. Hanya kerana kamu merasakan syurga itu selangkah sahaja jaraknya dengan kamu dek kerana ilmu Islam yang penuh di dada.

Tapi, kamu laksanakan atau tidak ilmu yang Allah berikan?

HUSNUZZAN. Berbaik sangka.


Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu.
Ucapkan dalam hatimu:
"Mungkin kedudukannya di sisi ALLAH jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku."

Jika bertemu dengan anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Anak ini belum bermaksiat kepada ALLAH, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepada-NYA. Tentu anak ini lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Dia telah beribadah kepada ALLAH jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan ku perolah, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah ku capai, mengetahui apa yang tidak ku ketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang bodoh, maka katakanlah (dalam hatimu):
"Orang ini sedang bermaksiat kepada-NYA padahal aku mengetahui akibatnya. Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu):
"Aku tak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk."

No comments:

Post a Comment