Burger free pun taknak?

Nak makan free breakfast kat McDonalds Malaysia pun kena kutuk. 

Terus difitnah bersekongkol dengan Zionis. Terus difitnah 1 burger = 1 kematian anak di Palestine. Manusia memang pendek akal. Suka menjatuhkan hukuman ke atas manusia yang lain and berlagak seperti dialah orang yang alim, yang bertaqwa, yang berilmu di dunia.

Sebenarnya tindakkan menjatuhkan hukum adalah kerja yang amat takut di lakukan oleh orang mukmin sejati.Orang mukmin apabila dia terlanjur dalam menjatuhkan hukum terhadap orang Islam lain dia akan rasa amat takut,keluh kesah dan sangat menderita.Takut kalau kalau tersilap hukum hingga hukuman itu kembali menimpa muka dia sendiri di dunia ini lagi dan Allah akan tempelak di Akhirat kelak.Para Hakim dan para Mufti yang mukmin sendiri walaupun mereka ada kuasa untuk menjatuhkan sesuatu hukum sangat takut untuk menjatuhkan hukum terhadap sesuatu kesalahan orang kerana bimbang tersalah hukum.Saidina Abu Bakar As Siddiq ra sendiri kalau dia rasa percakapan dia sudah menyakiti orang Islam lain (tak menjatuhkan hukum pun) akan tergesa gesa berjumpa Rasulullah saw minta dirinya di jatuhkan hukum qisas.
So, kamu mahu di qisas atau tidak?
Qisas (bahasa arabقصاص) adalah istilah dalam hukum islam yang berarti pembalasan, mirip dengan istilah "hutang nyawa dibayar nyawa". Dalam kasus pembunuhan hukum qisas memberikan hak kepada keluarga korban untuk meminta hukuman mati kepada pembunuh.


No comments:

Post a Comment