Teman yang menginsafkan.

Kalau aku kata aku teringin nak pergi PARIS, pasti ada orang yang menginsafkan aku "Pergi Mekah lebih bagus."

Kalau aku kata aku nak bersukaria di karaoke sempena ulangtahun perkahwinan aku, pasti ada orang yang menginsafkan aku "Pergi masjid buat sujud syukur lebih bagus."

Kalau aku kata aku nak anak aku pandai muzik, pasti ada orang yang menginsafkan aku "Pandai mengaji dan menghafal Al-Quran kan lebih bagus."

Mengingatkan aku tentang akhirat memang bagus. Aku bersyukur punyai teman sebegitu. Yang sentiasa mengingatkan aku.

Tetapi, jangan sesekali kau memandang rendah akan aku kerana itu sudah menimbulkan riak pada dirimu.


Riak adalah  "perasaan ingin dipuji oleh orang lain". Membuat sesuatu untuk dipuji adalah di larang dalam Islam dan perbuatan ini menggambarkan pelaku mempunyai sifat riak. Melakukan riak hanya merugikan dan mengundang pelbagai masalah. Fahamilah hadis berikut:

"Diriwayatkan daripada Jundub al-Alaqiy r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa yang (melakukan satu amalan) supaya orang menghormatinya, Allah akan menunjukkan aibnya dan sesiapa yang (melakukan suatu amalan kerana) ingin menunjuk-nunjuk kepada manusia, Allah akan memperlihatkan kecacatannya"(Bukhari & Muslim: 1720)



No comments:

Post a Comment