Teman yang menginsafkan.

Kalau aku kata aku teringin nak pergi PARIS, pasti ada orang yang menginsafkan aku "Pergi Mekah lebih bagus."

Kalau aku kata aku nak bersukaria di karaoke sempena ulangtahun perkahwinan aku, pasti ada orang yang menginsafkan aku "Pergi masjid buat sujud syukur lebih bagus."

Kalau aku kata aku nak anak aku pandai muzik, pasti ada orang yang menginsafkan aku "Pandai mengaji dan menghafal Al-Quran kan lebih bagus."

Mengingatkan aku tentang akhirat memang bagus. Aku bersyukur punyai teman sebegitu. Yang sentiasa mengingatkan aku.

Tetapi, jangan sesekali kau memandang rendah akan aku kerana itu sudah menimbulkan riak pada dirimu.


Riak adalah  "perasaan ingin dipuji oleh orang lain". Membuat sesuatu untuk dipuji adalah di larang dalam Islam dan perbuatan ini menggambarkan pelaku mempunyai sifat riak. Melakukan riak hanya merugikan dan mengundang pelbagai masalah. Fahamilah hadis berikut:

"Diriwayatkan daripada Jundub al-Alaqiy r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa yang (melakukan satu amalan) supaya orang menghormatinya, Allah akan menunjukkan aibnya dan sesiapa yang (melakukan suatu amalan kerana) ingin menunjuk-nunjuk kepada manusia, Allah akan memperlihatkan kecacatannya"(Bukhari & Muslim: 1720)



Kesenangan

Jika ditakdirkan hidup kita dilanda kesusahan sewaktu kita sudah biasa dengan kesenangan, bagaimanakah kita akan menghadapinya? Adakah kita bersedia untuk itu semua? Adakah kita akan redha dengan ketentuanNYA?


Bahagia undefined.

Cuba define bahagia itu apa?
Bahagia adalah di kala hati berasa tenang, hati ceria, masalah yang dihidang pun terasa semanis dan selazat coklat.

Tapi terlalu subjektif.
Perlukah depends pada insan lain untuk mencari bahagia yang lahir di hati sendiri?

Kita cipta bahagia kita sendiri. Kita bahagiakan orang lain. Kita akan terasa kebahagiaannya pabila melihat orang lain bahagia.

Ada sayings mengatakan ... Jikalau kebahagiaan itu dikongsi bersama, ianya akan digandakan. Jikalau kedukaan itu dikongsi bersama, ianya akan dibahagikan (dikurangkan untuk dibeban seorang diri).

Tapi siapa yang sanggup nak berkongsi duka dengan orang lain?

Aku sendiri pun TAK NAK.

Aku nak bahagian kebahagiaan aku.




Mencari Pelangi Di Hati

Haaaa....

Nak start menggelek tapi tunggulah.....
Harapan menanti sinar mentari menyinari diri yang biolas. 
Nak cari pelangi yang bisa mewarnai diri ini, tunggu hujan pun tak kunjung tiba.
Sabar jelah.


sedap makan rainbow cake sampai gemok. ah. bahagia. sorga.

Dunia ini, aku pinjam je.