Syurga untuk wanita.


Sebagai umat ISLAM, kenapa suka jatuhkan hukum "Orang seperti kau ni pasti masuk neraka sebab bla bla bla bla" ? Kenapa selalu bercakap tentang neraka? Just because kekurangan didikan agama, terus dilabel sebagai ahli neraka. Just because kau ada kelebihan dalam agama, terus kau rasa sebelah kaki dah confirmed masuk syurga?

Kenapa umat Islam tak disogokkan dengan keindahan syurga? Syurga itu indah, bahagia yang tidak dapat digambarkan. Bercerita perkara positif, syurga, ganjaran dan sebagainya yang indah-indah.

Digambarkan ahli neraka selalunya wanita? Seringkali bahu wanita diletakkan segala kesalahan yang menyebabkannya menjadi ahli neraka.

  • Sedarkah dikau bahawa yang melahirkanmu itu adalah seorang wanita? Sebagai seorang anak lelaki, sudah tentu kamu tidak mahu ibu kamu masuk neraka. 
  • Sedarkah dikau yang kamu kahwini dan melahirkan zuriatmu adalah seorang wanita? Sudah tentu kamu tidak mahu isteri kamu masuk neraka. 
  • Sedarkah dikau yang zuriatmu adalah seorang wanita? Sudah tentu kamu tidak mahu anak perempuan kamu masuk ke neraka!

Sedarlah, kunci untuk pintu syurga itu terletak pada orang lelaki. Bukan sekadar menyalahkan si perempuan semata-mata.

Sila gambarkan keindahan syurga!

Bila bercinta, mesti menggambarkan keadaan yang indah belaka. Angau sepanjang masa. Rindu-rinduan, dipupuk rasa kasih sayang. Semasa bercinta, nak ke kamu mendengar cerita-cerita dengan pedih hati, patah hati, kesedihan, kesengsaraan jikalau putus cinta? Tidak bukan?

Allah tidak akan mengubah keadaan seseorang atau kaum itu melainkan dia sendiri mengubahnya.