Dosa Si Suami

Kenapa orang suka menggambarkan betapa besarnya dosa si isteri sekiranya begitu-begini? Kenapa kurangnya kesedaran diberikan kepada si suami? Adakah jikalau namanya suami itu, secara otomatik dirinya adalah "perfect"?

Tidak dinafikan, isteri memang wajib taat pada suami. Tak perlu dipaksa, sekiranya si suami seringkali menggembirakan hati isterinya, bertanggungjawab terhadap isterinya, berlemah-lembut dan sebagainya yang baik-baik sahaja ... isteri dengan rela dan rasa bahagia teramat sangat untuk taat pada si suami.

Para suami, sekiranya anda menginginkan isteri yang taat, redho dan manja terhadap anda, sila ubah perangai keras hati, keras kepala dan sikap tidak bertanggung-jawab anda itu.

Hanya kerana si isteri tabah, kuat dan tidak memerlukan bantuan anda dari segi kewangan dan sebagainya, ini tidak bermakna anda harus lepas tangan.

Si suami tetap BERDOSA.

SUAMI JUGA PERLU MEMINTA MAAF DARI ISTERI.



Keras Hati

Bila hati asyik disakiti
dimarahi
dicaci
dihina
dikeji

lama-lama menjadi keras seperti batu.

diri yang dulu manja, riang, gembira, bahagia
tiba-tiba bertukar menjadi perengus, pendiam, gundah-gulana

Hasil daripada pemakanan hati yang diberi.