Suami Nusyuz


Sesetengah ulama berpendapat, nusyuz dari pihak suami terjadi apabila :

  • suami bersikap keras terhadap isterinya,
  • tidak mahu menggaulinya
  • dan tidak memberikan hak isterinya mengikut lunas syarak.

Adalah jelas, persoalan nusyuz dalam rumahtangga bukan hanya boleh terjadi akibat daripada perlakuan dan tindakan isteri semata-mata. Suami juga boleh menjadi ‘nusyuz’ melalui tindakan, pengabaian dan perlakuan mereka dalam mentadbir rumah tangga.

Lebih menarik, menurut Muhammad Thalib dalam bukunya 30 Perilaku Durhaka Suami Terhadap Isteri, suami boleh dianggap ‘nusyuz’ terhadap isterinya dalam hal-hal antara lain seperti berikut:

  • Gagal atau enggan memberikan nafkah (zahir atau batin).
  • Gagal menyediakan tempat tinggal yang selamat.
  • Tidak membayar mahar.
  • Menyebabkan kemudaratan (memukul) tubuh badan isteri.
  • Membebankan isteri.
  • Memperlakukan isteri dengan kasar.
  • Merosakkan martabat isteri.
  • Menghalau isteri tanpa alasan dan
  • Menuduh isteri berzina tanpa saksi.
Renungkan.