Isteri adalah...


bukan untuk diambil kesempatan.

Syurga untuk wanita.


Sebagai umat ISLAM, kenapa suka jatuhkan hukum "Orang seperti kau ni pasti masuk neraka sebab bla bla bla bla" ? Kenapa selalu bercakap tentang neraka? Just because kekurangan didikan agama, terus dilabel sebagai ahli neraka. Just because kau ada kelebihan dalam agama, terus kau rasa sebelah kaki dah confirmed masuk syurga?

Kenapa umat Islam tak disogokkan dengan keindahan syurga? Syurga itu indah, bahagia yang tidak dapat digambarkan. Bercerita perkara positif, syurga, ganjaran dan sebagainya yang indah-indah.

Digambarkan ahli neraka selalunya wanita? Seringkali bahu wanita diletakkan segala kesalahan yang menyebabkannya menjadi ahli neraka.

  • Sedarkah dikau bahawa yang melahirkanmu itu adalah seorang wanita? Sebagai seorang anak lelaki, sudah tentu kamu tidak mahu ibu kamu masuk neraka. 
  • Sedarkah dikau yang kamu kahwini dan melahirkan zuriatmu adalah seorang wanita? Sudah tentu kamu tidak mahu isteri kamu masuk neraka. 
  • Sedarkah dikau yang zuriatmu adalah seorang wanita? Sudah tentu kamu tidak mahu anak perempuan kamu masuk ke neraka!

Sedarlah, kunci untuk pintu syurga itu terletak pada orang lelaki. Bukan sekadar menyalahkan si perempuan semata-mata.

Sila gambarkan keindahan syurga!

Bila bercinta, mesti menggambarkan keadaan yang indah belaka. Angau sepanjang masa. Rindu-rinduan, dipupuk rasa kasih sayang. Semasa bercinta, nak ke kamu mendengar cerita-cerita dengan pedih hati, patah hati, kesedihan, kesengsaraan jikalau putus cinta? Tidak bukan?

Allah tidak akan mengubah keadaan seseorang atau kaum itu melainkan dia sendiri mengubahnya.

Dosa Si Suami

Kenapa orang suka menggambarkan betapa besarnya dosa si isteri sekiranya begitu-begini? Kenapa kurangnya kesedaran diberikan kepada si suami? Adakah jikalau namanya suami itu, secara otomatik dirinya adalah "perfect"?

Tidak dinafikan, isteri memang wajib taat pada suami. Tak perlu dipaksa, sekiranya si suami seringkali menggembirakan hati isterinya, bertanggungjawab terhadap isterinya, berlemah-lembut dan sebagainya yang baik-baik sahaja ... isteri dengan rela dan rasa bahagia teramat sangat untuk taat pada si suami.

Para suami, sekiranya anda menginginkan isteri yang taat, redho dan manja terhadap anda, sila ubah perangai keras hati, keras kepala dan sikap tidak bertanggung-jawab anda itu.

Hanya kerana si isteri tabah, kuat dan tidak memerlukan bantuan anda dari segi kewangan dan sebagainya, ini tidak bermakna anda harus lepas tangan.

Si suami tetap BERDOSA.

SUAMI JUGA PERLU MEMINTA MAAF DARI ISTERI.



Keras Hati

Bila hati asyik disakiti
dimarahi
dicaci
dihina
dikeji

lama-lama menjadi keras seperti batu.

diri yang dulu manja, riang, gembira, bahagia
tiba-tiba bertukar menjadi perengus, pendiam, gundah-gulana

Hasil daripada pemakanan hati yang diberi.




Doa Buat Palestine




 'Amin Ya Rabbal Alamin'



Kasih pada harta.

Meroyan mengenai kehidupan seharian tapi lupa akan kenikmatan dan kemurahan rezeki yang telah Allah berikan.

Kau telah diberikan kesenangan dari segi harta, apa salahnya kau berkongsi dengan sanak saudara darah daging sendiri padahal kulihat tidak sedikit pun luak buatmu.

Hidup sememangnya tidak pernah perfect. 

Ada yang kaya harta tapi miskin kasih-sayang.
Ada yang miskin harta tapi kaya kasih-sayang.
Ada yang tiada kedua-duanya.

Kita perlu bersyukur. Tidak berburuk sangka.

Ada orang diuji dengan harta. Ada orang diuji dengan kasih sayang. Semua hanya di dunia yang sementara. Akhirat kelak kekal abadi selamanya.

Dari Anas bin Malik r.a katanya, dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:
Sesiapa yang ingin supaya dimudahkan (Allah) rezekinya atau dipanjangkan (Allah) umurnya, maka hendaklah dia memperhubungkan silaturrahim (hubungan kasih sayang).” 


Amin.